TERMA DAN SYARAT E-BAUCAR BUKU SELANGOR
1. E-Baucar
1.1 Penggunaan e-baucar adalah terhad sehingga 31 Disember 2023. E-Baucar hanya boleh digunakan di website Book Capital (mall.bookcapital.com.my) sahaja. Kos penghantaran adalah termasuk dalam e-baucar. Sekiranya jumlah pembayaran adalah lebih dari amaun e-baucar, anda boleh membuat pembayaran menggunakan kaedah lain seperti kad, pembayaran dalam talian dan sebagainya.
2. Pembelian
2.1 Anda boleh membuat penebusan e-baucar sejurus selepas menerima emel makluman dari Book Capital. Anda hanya perlu membuat tetapan kata laluan, mengemaskini alamat dan seterusnya membuat pemilihan buku yang ingin dibeli.
2.2 e-Baucar boleh ditebus selepas anda membuat pemilihan kurier dan mengesahkan jumlah pembelian.
3. Penghantaran
3.1 Setelah pengesahan pembayaran dibuat, pembekal/pengedar buku akan menyediakan dan menghantar pesanan anda dalam tempoh 24-48 jam.
3.2 Setelah pesanan anda dihantar, anda boleh membuat semakan nombor penjejakan dan status penghantaran di paparan dashboard anda.
4. Bagaimanakah cara untuk menjejaki status pesanan saya?
4.1 Anda boleh menjejaki pesanan anda secara dalam talian dengan mengikuti langkah berikut:
i. Pergi ke profil anda
ii. Cari bahagian Sejarah Pembelian
iii. Tekan ID Pesanan
4.2 Sekiranya anda tidak dapat mengesan status pesanan anda pada halaman penjejakan kurier, ini bermakna bungkusan anda baru sahaja diambil oleh rakan kurier kami dan ia belum diimbas ke dalam sistem. Maklumat status penghantaran dengan penyedia khidmat kurier kami akan tersedia dalam masa 24 jam selepas penghantaran.
4.3 Sila hubungi kami di info@kotabuku.my / 018-2036330 dengan nombor pesanan anda dan butiran judul jika anda tidak dapat mengesan bungkusan anda 48 jam selepas bungkusan dihantar.
5. Bilakah saya akan menerima pesanan saya?
5.1 Selepas pesanan anda dihantar, anda akan menerima pesanan anda dalam tempoh masa berikut:
5.2 Sila hubungi kami melalui talian 018-2036330 atau e-mel kami di info@kotabuku.my jika anda menerima bungkusan yang tidak lengkap dengan memberikan nombor pesanan anda dan judul buku yang tiada.
6. Bagaimanakah cara saya menyemak masa penghantaran produk?
6.1 Penghantaran ke beberapa poskod dan kawasan terpencil di luar Lembah Klang mungkin mengambil masa yang lebih lama.
7. Bagaimanakah saya boleh mengetahui tarikh dan masa penghantaran yang tepat?
7.1 Kami tidak dapat memberikan anda tarikh dan masa yang tepat untuk penghantaran. Masa penghantaran dipengaruhi oleh ketersediaan produk, destinasi penghantaran dan jadual penghantaran rakan kongsi kurier di lokasi penjual buku.
8. Bolehkah saya membatalkan pesanan saya selepas pesanan dihantar?
8.1 Kami tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk pembatalan sebaik sahaja item telah dihantar.
9. Bagaimana jika saya tiada di rumah apabila bungkusan itu sampai?
9.1 Pihak kurier akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk memaklumkan pesanan anda akan dihantar dan sekiranya anda tiada di rumah, sila maklumkan kepada pihak kurier untuk membuat tetapan tarikh baru penghantaran.
10. Adakah terdapat mana-mana kawasan domestik di Malaysia yang tidak termasuk dalam senarai tempat penghantaran?
10.1 Penghantaran hanya di dalam Malaysia sahaja buat masa ini. Sekiranya terdapat kesukaran dalam proses pengeposan. Sistem kami akan maklumkan kepada anda semula.
11. Bolehkah anda menghantar bungkusan itu ke pejabat saya?
11.1 Kami akan menghantar pesanan mengikut alamat yang anda berikan semasa pembayaran, sama ada alamat rumah atau pejabat anda.