BENTALA NAGA - Kisah Dari Makyung (BM)

RM 45 RM 40.5 Promo hikayat PBAKL
Sebelum banjir besar meninggikan paras lautan, Sunda merupakan sebahagian dari Tanah Besar Asia, sebuah benua kecil yang terbentang luas ke pinggir lautan jauh di selatan. Keluasannya melangkaui pulau Jawa hari ini, dan dikenali sebagai Lautan Samudera. Tiupan angin khatulistiwa meliputi Sunda dari Samudera;
kadangkala lembut bagai sepoi-sepoi bahasa namun ada kalanya mengganas bagai ribut tengkujuh melanggar pantai.

Suatu ketika dahulu terdapat kawasan daratan yang bentuknya menyerupai kaki buaya. Ia dikenali sebagai Benua Sunda yang membuatkan India kelihatan begitu
kecil sahaja. Di Benua Sundalah, lahirnya zaman neolitik 10,000 tahun dahulu, padi julung kali ditanam, gangsa julung kali dilebur lalu dapat dibentuk. Zaman gangsa bermula.

Antara 14.000 dan 7,000 tahun terdahulu, ahli geologi percaya bahawa banjir besar membenamkan sebahagian besar Benua Sunda ke dalam lautan.

Ramai juga berpendapat bahawa Mesir dan Mesopotamia bukan pusat kelahiran tamadun, sebaliknya Benua Sunda, yang merangkumi beratus-ratus kerajaan Nusantara seperti Funan, Champa, Srivijaya, Majapahit dan Melaka. 
Selepas kehilangan bentuk mukabumi kawasan tanah pamah yang subur, penduduk
tempatan menjadi pelayar berani mengharungi lautan samudera menyebarkan kisah mitos dan waris ke seluruh dunia. Ramai juga percaya bahawa mitos Atlantis dan Banjir Besar muncul berasal dari banjir ini. Sisa peninggalan Benua Sunda, menjadi tamadun maritme yang terbesar dunia.

Penduduk tempatan yang berasal daripada Nusantara dan Dunia Melayu, mempunyai variasi tersendiri tentang cerita-cerita kerajaan dan bandar bawah laut.
Sejarah Melayu menceritakan kisah Raja Suran yang turun ke laut dalam “peti kaca, dengan kunci dalamnya dan…rantai emas” ke tanah lalu berkahwin dengan Putri Mahtab-al-Bahri, yang melahirkan tiga orang putera; yang kemudiannya muncul di Bukit Siguntang Mahameru dan menjadi Raja keturunan bangsa Melayu.

Bakal mewaris tahta
Imprint: Not Available
ISBN: 978-629-96814-0-3
Book Language: Bahasa Malaysia
Share: