RM 45
RM
40.5
Promo hikayat PBAKL
Lapan puluh lima kilometer dari bandar Kuantan, ujud sebuah tempat penuh keajaiban di mana dikatakan sebuah empayar purba pernah terdiri dikawal oleh seekor raksasa lagenda. Di sinilah bermulanya kisah lagenda Tasik Chini.
Tasik Chini merupakan tasik air tawar semula jadi yang kedua besarnya di Malaysia seluas 12,565 ekar ‘wetlands’ serta 12 tasik saling terhubung. Ahli sejarah percaya bahawa tasik itu ialah tapak sebuah kerajaan Khmer purba, dari era empayar itu meluaskan jajahan hingga ke Semenanjung Tanah Melayu.
Kaum Jakun (suku asli Semenanjung Malaysia) pula mempercayai bahawa tasik misteri itu dikawal oleh seekor naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum. Selama beberapa dekad, terdapat laporan tentang Naga yang kelihatan, tetapi seperti kes raksasa Loch Ness ei Scotland, ini tidak pernah dibuktikan secara saintifik. Kewujudan tujuh bukit seperti piramid berhampiran Tasik Chini telah mencetuskan minat terhadap kemungkinan keujudan tamadun Khmer pada abad ke-12 di sini.
Tiada bukti bahawa bukit di kawasan ini buatan manusia, namun terdapat kemungkinan bahawa sebahagian daripada kota yang hilang itu terletak di dasar tasik. Hal ini berdasarkan teori bahawa kawasan ini telah ditenggelami air selepas kejatuhan empayar Khmer di mana bandar itu ujud pada abad ke-15. Berdasarkan kepingan tembikar yang ditemui di kawasan itu, kota itu mungkin dibina ketika empayar Khmer berada di kemuncaknya, diperintah antara tahun 802 dan 1432 oleh "raja dewa" empayar Khmer yang mempunyai ibu kota di Siem Reap, Kemboja, di mana terletaknya Angkor Wat yang terkenal.