RM 45
RM
40.5
Promo hikayat PBAKL
Versi The Sleeping Beauty dari pelbagai variasi
Lazimnya, kita mengenal The Sleeping Beauty versi Disney yang ada di mana-mana. Kisah asal yang bertajuk Sun, Moon, and Talia oleh Giambatista Basile dari bukunya, The Tale of Tales (1634), berdasarkan cerita rakyat terdahulu, jelas tidak sesuai dengan adab dan tatasusila hari ini. Penulis Perancis Charles Perrault menulis Kisah Ibu Angsa atau Mother Goose Tales berdasarkan versi Basiles, yang mempengaruhi cerita lisan terkemudian diterbitkan oleh Brothers Grimm.
Versi dari Cina mengenai puteri tidur (terdapat dua), terdapat dalam Tai Ping Guang Ji, disusun pada abad ke 0, mirip cerita dari Eropah, kecuali puteri itu tidak tidur tetapi mati akibat pil sihir Taois (tanpa roh meninggalkannya). 100 tahun kemudian, seorang pemuda tiba, menyedarkannya dengan sebuah ciuman
Syair Bidasari yang epik, adalah sebuah puisi yang begitu indah, berlatar-belakangkan kerajaan bernama Inderapura. (Nampak dari gaya penceritaan, mungkin sebelum pengembaraan Eropah ke Asia), mengandungi semua ramuan kisah dongeng yang mempesonakan: seorang puteri yang cantik, seorang ratu sihir, raja yang kacak dan kisah berakhir dengan kebahagiaan.
Seperti semua legenda sedemikian, kisah ini mungkin berasal dari penceritaan lisan, dan wujud dalam versi yang berbeza di seluruh Asia Tenggara.
Siapa yang mempengaruhi siapa tidak penting, tetapi pelbagai rujukan budaya yang ujud begitu menakjubkan.
LEGENDA BIDASARI (ISBN: 978-629-96814-1-0)