Pemetaan META-QTL Penyelesaian Kepada Pembangunan Kerintangan Penyakit Padi

RM 50.00
Penulis : Ilakiya Sharanee Kumar & Kalavani K.Nadarajah
Halaman : 206 ms
Jenis Kulit : Lembut 
ISBN : 9786294860049
Harga : RM 50.00

Karya ini dihasilkan daripada kajian "Pemetaan In Silico dan Pengenalpastian QTL Kerintangan Penyakit Padi" yang telah dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan Padi di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah penyakit padi yang sering melanda industri padi negara. Oleh kerana kerintangan ditentukan oleh genom padi, maka kumpulan penyelidikan ini telah mula menerokai genom padi untuk mengenalpasti kawasan genom padi yang menyumbang kepada kerintangan penyakit-penyakit padi yang merupakan masalah besar di Malaysia. Akibat daripada penerokaan ini kami telah berjaya mengenalpasti kawasan yang khusus serta kawasan yang bertindih pada genom padi yang memberi kerintangan kepada penyakit padi, khususnya penyakit karah padi, hawar seludang, dan hawar daun bakteria. Maklumat yang disampaikan melalui Bab-bab dalam buku ini sangat membantu bukan sahaja penyelidik dalam bidang industri padi tetapi juga pembiakbaka padi yang boleh menggunakan maklumat ini untuk membangunkan varieti yang rintang. Buku ini juga memperkenalan teknik baru yang boleh digunakan dalam pengenalpastian lokasi-lokasi kerintangan spesifik pada genom tumbuhan. Kaedah ini boleh digunapakai untuk semua jenis tanaman. Penghasilan kultivar yang rintang terhadap penyakit merupakan kaedah paling efektif dalam pengawalan penyakit padi.

Buku ini akan mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh industri padi, dimana salah satu sumber kehilangan hasil padi merupakan penyakit padi. Industri padi senantiasa perlu memperolehi maklumat yang boleh digunakan dalam pembangunan varieti padi yang rintang penyakit (Bab 1). Terdapat tiga penyakit padi utama yang melanda industri padi di Malaysia. Pelbagai kaedah kawalan dan amalan pertanian digunakan dalam kawalan insiden penyakit (Bab 2). Kaedah pengawalan penyakit yang paling kerap digunakan adalah kawalan kimia. Tetapi kaedah ini banyak menyebabkan kesan yang memudaratkan kepada persekitaran dan manusia. Kaedah yang paling sesuai dalam menangani penyakit padi adalah pembangunan varieti padi yang rintang. 
Imprint: 2023
ISBN: 9786294860049
Book Language: Bahasa Melayu
Share: