Fadima Mooneira
Fadima Mooneira
Fadima Mooneira memulakan kerjayanya dalam bidang penulisan kreatif sebagai seorang blogger. Pada tahun 2019, penulis kelahiran Kuala Lumpur ini mula aktif menulis cerpen dan menyertai beberapa projek kolaborasi. Tujuh cerpen yang digarap Fadima, sudah berjaya diterbitkan. Selain daripada cerpen, Fadima juga sudah berjaya menghasilkan satu buku solo yang bertajuk Book Of Lifestyle, Travel, Pop-Culture & Edutainment. Novel sulung Fadima yang bertajuk Fail Merah diterbitkan pada tahun 2022. Novel Fail Merah telah menyertai Booth Mandiri di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023. Selain menulis, Fadima juga gemar melukis, membaca novel & webtoon, melancong, fotografi, dan beriadah.