Contact Details

Author
  • Author Name:

    Zamidah Hashim

  • Pen Name:

    Zamidah Hashim

  • Short Description:

    Zamidah Hashim lahir di Umbai, Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Umbai yang kini di kenali sebagai Sekolah Keb. Dato Haji Baginda. Bersekolah Menengah di Sek. Dato Abd. Rahman Yaakub (SDARY) -Merlimau. Pernah mengajar di beberapa buah sekolah rendah di negeri Melaka. Kemudian melanjutkan pelajaran ke USM dalam bidang Penulisan Kreatif. Sajak pertama ke udara di radio dalam rancangan Bunga Bangsa dan cerpen pertama tersiar di Medan Rakyat (Melaka) bertajuk Masuk Hujung Pangkal Lesap tahun 1977. Terlibat secara langsung ketika penubuhan KEPEZI. Memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Tun Seri Lanang dan Ahli Jawatankuasa IPM. Bidang Penulisan lebih tertumpu kepada rencana, puisi, cerpen, novel, skrip drama radio dan tv. Lebih menjurus kepada penulisan skrip drama radio dan tv. Beratus-ratus skrip drama radio dihasilkan melalui Panggung Drama, Dra Irama, Purbawara, Keluarga Pak Awang, No 5 Persiaran Satu, Lot 20 Impian Desa, Eka Cerana, Olak Alik dan Layar Maya. Manakala cerpen pula tersiar di akhbar Medan Rakyat (Melaka), Dewan Sastera, Majalah Wanita, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Siasah.

Product Catalogue

MAHKOTA DUKA: SIRNA SIPETERANA

RM 45.00