Mohd Khair Ngadiron
Mohd Khair
Mohd Khair adalah pakar dalam industri dan pemasaran buku, tempatan dan antarabangsa. Sumbangan terbaik beliau ialah mengetuai delegasi Malaysia dalam menyertai pameran Buku Antarabangsa Tokyo sebagai Tetamu Kehormat, dan peranan yang sama di pesta Buku Antarabangsa Indonesia dan Pesta Buku Antarabangsa Riyadh. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab mengetuai urusan dan tugas mempromosi dan memasarkan karya penulis Malaysia ke seluruh dunia ke Amerika Syarikat, Rusia, Jerman, Perancis, London, Taiwan, China, India, Singapura dan Brunei. Beliau juga adalah penulis kepada tiga judul buku iaitu Setulus Kata (2017) , Koleksi Syair: Antara banyak Sinar, Entah Mengapa Bulan Juga Menawan Pandang (2019) dan GRAB BLUES CEO Jadi Pemandu (2021). Beliau kini mengetuai Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.